Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Semakan SAPS Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)

$
0
0
Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh membuat Semakan SAPS semakan keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem Semakan SAPSIbu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
 

SAPS Semakan Ibu Bapa

Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.
SAPS
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:
saps ibu bapa
 Pergi ke laman web SAPS dan klik SAPS Untuk Semakan Ibubapa @ https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php untuk ke menu utama.
  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
    saps
  4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. via Malaysia Tercinta

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)

Nota

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2015 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2015
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2015
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2015
Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

Moga sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini bermanfaat dalam melihat dan mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak kita semua.Moga semuanya berjaya.
 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>