Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Amalan Sunnah Sambut Kelahiran Bayi

$
0
0
Semua yang telah berkeluarga pasti inginkan anak-anak yang soleh. Anda pasti gembira terutama di saatmenyambut kelahiran bayi anda. Berikut adalah amalan Sunnah Rasulullah SAW ketika menyambut atau menerima kelahiran bayi baru lahir cara Islam yang dikongsikan dari FB Dr Ustaz Rozaimi Ramle

sambut kelahiran bayi cara Islam

1. Azan

Azan di telinga kanannya. Berdasarkan hadis dalam Sunan Tirmizi dan disahihkan olehnya. Adapun Iqamah di telinga kiri tidak sahih dari Nabi sallallahalaihwasallam.
Azan atau bang adalah satu laungan lafaz khusus di Masjid atau Surau sebagai tanda masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Islam boleh menyiapkan diri untuk mengerjakan solat fardu. Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.

Bacaan Azan Dalam Rumi

Allahu akbar, Allahu akbar (2x)
Asyhadu alla ilaha illa Allah (2x)
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah (2x)
Hayya 'alas Solah! (2x)
Hayya alal Falah! (2x)
Allahu akbar, Allahu akbar
La ilaha illa Allah.

Maksud:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar (2x)
Aku bersaksi, bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah (2x)
Aku bersaksi, bahawa Nabi Muhammad itu Utusan Allah (2x)
Marilah melaksanakan solat! (2x)
Marilah menggapai kejayaan! (2x)
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.



2. Tahnik (belah mulut)

Tahnik dengan tamar, dilakukan oleh orang soleh.
Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan (kurang7 hari) akan disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam. Ia boleh dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan, kerana anak-anak yang lahir di zaman Nabi Muhammad saw membawa anak-anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh baginda.
Di antara hikmah taknik adalah :-
  • Menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu.
  • Mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah-mudahan kanak-kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa.
Ia sunat dilakukan dengan buah kurma kerana mengikut amalan Nabi saw dan jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan-makanan lembut yang manis. Elakkan menggunakan makanan yang dimasak.


3. Cukur kepala

Cukur kepalanya pada hari ke 7. Berdasarkan hadis riwayat Tirmizi.
Dalam Islam, mencukur rambut bayi yang baru lahir disebut oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya : 
"Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama".

 

4. Memberi nama

Memberikan nama kepada bayi pada hari pertama atau pada hari ke 7 berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi.

 

5. Akikah

Buat akikah atau Aqiqahpada hari ke 7 atau selepas dari itu berdasarkan hadis riwayat Tirmizi.
Akikah bermaksud penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk bayi yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. 

Moga Amalan Sunnah Sambut Kelahiran Bayi ini kita amalkan dan mogaianya bermanfaat untuk semua.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>