Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan beraksi dalam pusingan kelayakan AFC Champions League (ACL 2016) pada Januari 2016 nanti. JDT adalah satu-satunya wakil tunggal Malaysia di dalam pusingan kelayakan ACL 2016 selaku juara Liga Super Malaysia 2015. Jika gagal melepasi peringkat kelayakan ini, JDT dan Selangor akan mewakili Malaysia dalam AFC Cup 2016 setelah Pahang dilucutkan kemenangan sebagai naib juara Liga Super.
Perlawanan pertama JDT dalam pusingan kelayakan yang akan dijalankan secara kalah mati adalah Mohun Bagan, Juara Liga India 2015 pada 27 Januari 2016 di Johor Bahru.
* Terkini : JDT mendapat BYE terus ke pusingan kelayakan ke 2 bertemu Muang Thong United, pasukan ditangga kedua liga Premier Thai.
Jika JDT menang dalam perlawanan kelayakan kedua ini, lawan mereka seterusnya di Perlawanan Play-OFF adalah di antara pasukan ini iaitu Pohang Steelers (South Korea), Urawa Red Diamonds atau FC Tokyo (Jepun), Adelaide United (Australia) dan Shanghai SIPG (China). Dijangka, Shanghai SIPG adalah lawan JDT (jika layak) di Perlawanan Play-Off AFC 2016.
Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan AFC Champions League 2016 yang melibatkan JDT:-
PERLAWANAN JDT KELAYAKAN AFC 2016
TARIKH HOME VS AWAY |
PERLAWANAN KELAYAKAN 1 |
PERLAWANAN KELAYAKAN 2 |
2-Feb-16 MUANGTHONG UNITED (THAILAND) VS JDT |
PERLAWANAN PLAY-OFF |
9-Feb-16 SHANGHAI SIPG VS PEMENANG KELAYAKAN 2 |
Semoga JDT dapat mencipta sejarah bolasepak Malaysia sekali lagi dengan menjadi pasukan pertama layak ke peringkat Kumpulan AFC Champions League 2016. Ianya tidak mustahil setelah JDT mencipta rekod dengan menjuarai Piala AFC 2015 pertama kali buat pasukan di Asia Tenggara. Luaskan kuasamu....
SUMBER
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)