Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tambang Baru ERL Naik Bermula 1 Januari 2016

$
0
0
Tambang ERL/ KLIA Ekspress Naik. Selepas kenaikan tambang Komuter, LRT dan Monorel, pengguna perkhidmatan awam kini bakal menghadapi satu lagi kenaikan iaitu untuk perkhidmatan ERL keretapi ekspress dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2. Menurut kenyataan dari Express Rail Link Sdn Bhd pada hari Isnin, 30 November 2015, tambang baru ERL naik ke RM55 untuk perjalanan sehala bermula 1 Januari 2016. Ianya merupakan kenaikan tambang sebanyak RM20 dari RM35 sebelum ini.

tambang erl klia ekspress terkini


Perkhidmatan KLIA Ekspres atau ERL adalah perkhidmatan keretapi ekspress yang membawa penumpang dari lapangan terbang tanpa henti iaitu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA/ KLIA2) ke bandaraya (KL Sentral) dalam masa 28 minit. Kekerapan perjalanan adalah setiap 15 minit pada waktu puncak

Menurut kenyataan ERL juga ada menyatakan yang kenaikan tambang
adalah semakan pertama harga tiket ERL sejak ia mula beroperasi hampir 14 tahun yang lalu. Harga tambang terkini pada RM55 telah diluluskan kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdasarkan Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, adalah harga diskaun selepas ERL diberi kuasa untuk menyemak semula tambang kepada RM64 berdasarkan syarat-syarat perjanjian konsesi. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>