Biodata Badrul Hisyam Manap Pecah Rekod Watson Nyambek. Rekod 100M pecut kebangsaan yang dipegang oleh Watson Nyambek 10.30 saat yang direkodkan pada tahun 1998, iaitu lebih kurang 17 tahun yang lalu, akhirnya berjaya dipecahkan oleh seorang raja pecut baru Malaysia iaitu Badrul Hisyam Abdul Manap. Beliau meleburkan rekod kebangsaan pada hari pertama Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN di Brunei, Isnin, 23 November 2015.
Atlet kelahiran Melaka berusia 18 tahun dan merupakan juara bertahan acara berkenaan, mencatatkan masa 10.29 saat bagi memadamkan rekod Watson 10.30 saat yang dicipta di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 1998.
Seorang lagi atlet negara, Asnawi Hashim di tempat kedua dengan catatan 10.71s, diikuti Worawutsalabal dari Thailand dengan masa 10.87s dalam acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, demikian menurut laman sesawang rasmi kejohanan; asg7.moe.gov.bn.
Berikut adalah Biodata Biodata Badrul Hisyam Manap Pecah Rekod Watson Nyambek :-
![]()

- Nama : Badrul Hisyam Bin Abdul Manap
- Asal : Melaka
- Sekolah : Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor
- Umur : 18 tahun
- Hampir memecahkan rekod acara 200m kebangsaan dengan catatan 20.88s tetapi tidak disahkan kerana bantuan angin sebanyak 2.2m/s. Rekod 200m masih kekal milik Tan Sri Dr M.Jegathesan a.k.a. "flying doctor" dengan catatan masa 20.92s direkodkan di Olympic Mexico 1968.
- Memenangi acara 200m Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei dengan masa 21.39 saat
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)