Senarai Universiti Awam Haramkan Vape. Menghisap vape kini menjadi trend sebagai alternatif kepada merokok. Kebimbangan trend menghisap vape dalam kalangan pelajar universiti menyebabkan Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil tindakan tegas apabila mengharamkan penggunaan vape rokok elektronik di kampus universiti awam.
![]()
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, semua 20 universiti awam di seluruh negara mencapai persetujuan melarang penggunaan vape di universiti masing-masing. Beliau berkata, keputusan itu dicapai bersama naib canselor semua 20 universiti berkenaan dalam mesyuarat pada Jumaat lalu.
Senarai Universiti Awam Haramkan Vape
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)