Permohonan 2016 Asrama Semai Bakti FELDA ASBF Online. Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2016 untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sesi 2016 kini dibuka secara online bermula dari 16 November hingga 27 November 2015. Berikut disertakan cara-cara membuat permohonan 2016 Asrama Semai Bakti FELDA ASBF Online :-
CARA-CARA MEMOHON ASBF 2016 ONLINE
Jabatan Pendidikan FELDA,
Tingkat 37, Menara FELDA,
Platinum Park,
No. 11 Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur.
No Tel :+603-2191 2191 (ext: 2071/2053/2015)
No Fax :+603-2191 2593
Emel : edu.unit@felda.net.my
![]()
CARA-CARA MEMOHON ASBF 2016 ONLINE
- 1) Permohonan boleh dibuat hanya secara online di http://asbfonline.felda.net.my/user/login.aspx
Sila masukkan No Giliran UPSR dan No. Sijil Lahir untuk permohonan. *Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu. Sila klik Daftar untuk mendaftar.
- 2) Surat panggilan temuduga akan mula diedarkan 30 November hingga 4 Disember 2015
- 3) Hanya pemohon yang layak akan dihubungi untuk temuduga mengikut tarikh yang dinyatakan dalam surat panggilan
- 4) Sesi Temuduga (Aliran Biasa dan Aliran Tahfiz) : 7 hingga 11 Disember 2015
- 5) Semakan keputusan kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA boleh disemak secara online bermula pada 21 hingga 25 Disember 2015
- 6) Pendaftaran pelajar baru yang terpilih : 26 dan 27 Disember 2015
SYARAT UTAMA PERMOHONAN
- Memperolehi keputusan UPSR 2015 sekurang-kurangnya gred minima 3A 2B dengan mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
- Berstatus anak / cucu Peneroka atau anak kakitangan kumpulan FELDA.
- Mempunyai pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan.
SYARAT TAMBAHAN
- Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
- Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan tatatertib.
SYARAT TAMBAHAN UNTUK PROGRAM TAHFIZ DI ASSBK
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
- Cenderung dan berminat kepada hafazan Al-Quran.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf dengannya.
KELAYAKAN MAKSIMUM
- Mendapat markah yang tinggi dalam temuduga.
- Borang permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses.
Jabatan Pendidikan FELDA,
Tingkat 37, Menara FELDA,
Platinum Park,
No. 11 Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur.
No Tel :+603-2191 2191 (ext: 2071/2053/2015)
No Fax :+603-2191 2593
Emel : edu.unit@felda.net.my
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)