Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

$
0
0
Permohonan Online Borang Daftar E-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat.Dipetik dari Portal Pembasmian Kemiskinan, eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

e-kasih

Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

Antara ciri-ciri utama yang terdapat dalam eKasih adalah seperti berikut:
  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan 

Siapa Yang Layak Mendaftar eKasih

Menurut FAQ eKasih, semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang  berpendapatan kurang dari RM1,500 (Bandar) dan RM1,000 (Luar Bandar) adalah digalakkan untuk mendaftar.

Individu yang ingin mendaftar boleh juga merujuk kepada Pejabat Daerah dan Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN).
 

Apllikasi eKasih


Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.
 
Dengan adanya Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang ramai di harap dapat memanfaatkan sistem ini dalam menyalurkan maklumat kemiskinan yang dihadapi secara online untuk semakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
 
  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>