Jurulatih Kelantan Steve Darby percaya mereka mempunyai sedikit kelebihan ke atas South China dalam pertemuan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Sultan Muhammad IV, malam ini.
Sambil memberitahu, beliau sudah menonton rakaman video perlawanan terakhir membabitkan pencabarnya itu, Darby berkata cabaran utama mereka adalah kepenatan kerana terpaksa beraksi enam perlawanan dalam tempoh 17 hari.
Sehubungan itu, pengendali berusia 59 tahun itu berkata, beliau mengharapkan sentuhan terbaik anak buahnya bagi melakar kemenangan nanti.
Keputusan Penuh Perlawanan
Kelantan 2 - 0 South China
Gol - Wan Zairulnizam (Kecik) & Mohd Ghaddar