Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2016 Online. Dipetik dari FB Tentera Darat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan lain-lain perkara, sila rujuk di Iklan Permohonan ATM 2016 di IKLAN ATM 2016.
Tarikh tutup permohonan : 30 November 2015
Semakan keputusan : 4 Disember 2015![]()
Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2016 Online
Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU). Tarikh tutup adalah pada 30 NOVEMBER 2015.Syarat-Syarat Am Permohonan
- Jantina : Lelaki
- Umur : Tidak melebihi 27 tahun pada 21 Disember 2016
Fizikal
- Tinggi Minimum : 1.70m (TDM) & 1.62m (TUDM & TLDM)
- Berat Minimum : 47.5 kg
- Ukuran Dada Minimum : 76 sm
- Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0
Kelayakan
- Asas : Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Matematik dan Bahasa Inggeris.
- Pengajian Tinggi : Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi Keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas dalam jurusan yang diperlukan.
Temuduga
- Calon-calon yang layak akan dipanggil menjalani pemilihan selama 6 hari di pusat pemilihan yang akan dimaklumkan
Permohonan Secara Online
Applikasi Permohonan
- Permohonan hendaklah di buat melalui Pautan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2016 di laman sesawang ATM di JOM MASUK TENTERA @ www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA
Semakan Keputusan Permohonan
Semakan status permohonan boleh disemak mulai 4 Disember 2015 di Semakan ATMUntuk maklumat lanjut mengenai syarat dan lain-lain perkara, sila rujuk di Iklan Permohonan ATM 2016 di IKLAN ATM 2016.
Tarikh tutup permohonan : 30 November 2015
Semakan keputusan : 4 Disember 2015
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)