Permohonan 2016 Maktab Tentera DiRaja MTD Online. Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Sesi 2016 kini telah di buka untuk permohonan. Permohonan Kemasukan Putera 2016 Secara Online ini dibuka pada 2 Ogos 2015 sehingga 30 November 2015.
Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
![]()
CARA BUAT PERMOHONAN KEMASUKAN PUTERA 2016 SECARA ONLINE
- Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian melalui laman web www.rmc.edu.my
- Tarikh tutup permohonan ialah 30 November 2015.
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-89465565/03-89655562.
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran adalah terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2015.Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
- a. Warganegara Malaysia.
- b. Jantina - Lelaki.
- c. Tinggi Minimum - 152 sm.
- d. Berat Minimum - 40.5 kg.
- e. Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27.
- f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
- g. Penglihatan - baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
- h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
- i. Memperolehi sekurang-kurangnya 7A di dalam PT3 2015 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
- j. Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
- k. Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
- l. Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua Januari 2016, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2016.
- m. Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2016.
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)