Resepi Kuih Seri Muka Sedap Dan Mudah. Berikut dikongsikan resepi kuih seri muka paling sedap dan mudah di buat yang dikongsikan dari buku masakan Kuih Klasik Malaysia. Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi yang sangat popular di Malaysia. Secara tradisinya, kuih seri muka dibuat di dalam bekas talam yang besar dalam pelbagai bentuk.
Kuih Seri Muka biasanya di buat dalam dua lapisan dan secara tradisinya lapisan atas berwarna hijau (berasakan telur dan santan kelapa/ pewarna pandan) manakala lapisan bawah berwarna putih (pulut).
SUMBER
Kuih Seri Muka biasanya di buat dalam dua lapisan dan secara tradisinya lapisan atas berwarna hijau (berasakan telur dan santan kelapa/ pewarna pandan) manakala lapisan bawah berwarna putih (pulut).
Resepi Kuih Seri Muka Paling Sedap Dan Mudah Di buat
1. RESEPI KUIH SERI MUKA 1
A. Lapisan Bawah:
- 600 gram beras pulut - di basuh (rendam sekurang-kurangnya 3 jam sehingga beras pulut menjadi kembang jika anda ingin mengukusnya) dan toskan
- 100 ml santan
- 500 ml air
- 1 sudu teh garam
- 3 sudu makan minyak masak
B. Lapisan Atas:
- 6 biji telur
- 400 gula kastor
- 4 sudu makan tepung beras
- 4 sudu makan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa pekat
- 1/4 sudu teh garam (Ikut citarasa)
- Pewarna hijau epal (Ikut citarasa pewarna yang diinginkan)
- 1 cm kulit kayu manis + 1 sudu teh jintan + 4 hingga 5 helai daun pandan yang perlu ditumbuk lumat, bubuh dalam santan dan tapis
Cara Membuat Kuih Seri Muka:
- 1. Didihkan air kukusan.
- 2. Sementara itu, sediakan Lapisan Bawah. Satukan semua bahan, tanak hingga hampir kering. Masukkan ke dalam loyang 10" x 10", tekan hingga padat. Kukus semula selama 20 minit.
- 3. Pukul telur hingga hancur, satukan dengan santan, gula dan kedua-dua jenis tepung, kacau rata.
- 4. Bubuh pewarna dan garam, gaul sebati dan tapis. Jerang di atas api sederhana, dan kacau hingga naik wap.
- 5. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, dan kukus lagi selama 30 minit.
- 6. Sejukkan sebelum dipotong.
SUMBER
2. RESEPI SERI MUKA PANDAN 2
Resepi : Majalah Sedap
Cara Menyediakan Bahagian Bawah
- 150 gm beras pulut - rendam 3-4 jam
- 200 ml santan cair
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
Cara Penyediaan
- Kukus pulut dgn santan cair, garam dan daun pandan.
- Apabila pulut sudah masak, tekan biar pulut tadi menjadi padat dan ketepikan.
Cara Menyediakan Bahagian Atas
- 1 cawan pati santan
- 2 biji telur
- 5 sudu besar gula pasir
- 25gm tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- Sedikit pewarna hijau
- Sedikit air perahan daun pandan
- Sedikit garam
Cara Penyediaan
- Bancuh tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dengan bancuhan santan bersama telur
- Masukkan sedikit pewarna hijau dan gaul dengan sebati.
- Masak atas api yang perlahan hingga wap naik.
- Tuangkan adunan tadi di atas pulut yang telah ditekan mampat.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga ianya masak.
- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.