Harga Terkini Tambang KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015. Berikut adalah kadar tambang baruperkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula 2 Disember 2015. Punca kenaikan kadar tambang baru ini adalah bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaran yang telah meningkat setiap tahun.
Harga Terkini Tambang KTM Komuter Bermula 2-12-2015
- Tambang KTMB Komuter akan naik dari 4 sen satu kilometer (KM) dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
- Kadar kenaikan tambang baru ini adalah mengikut perjalanan stesen ke stesen, tetapi harga tambang komuter bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak mengalami sebarang perubahan.
- Diskaun 20 peratus daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran tambang tanpa tunai (Touch' n Go).
- Diskaun sebanyak 24 peratus bagi tiket mingguan dan diskaun sebanyak 33 peratus untuk tiket bulanan.
- Pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi juga layak menerima tambang konsesi sebanyak 50 peratus
- Tambang konsesi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikekalkan iaitu 50 peratus daripada kadar tambang tunai baru manakala kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah percuma.
Tambang Tunai Komuter
Tambang Tanpa Tunai (Cashless) Komuter