Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Panduan Applikasi KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

$
0
0
Panduan Applikasi KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Selaras  dengan  anjakan  ke-4  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi dan berdaya saing diperingkat  global,  usaha  membudayakan Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KBAT) dalam  kalangan  guru  dan  murid  perlu  diberi  penekanan  khususnya  dalam  proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Panduan Applikasi KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Buku teks sekolah menengah sedia ada adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah  Menengah  (KBSM) yang  menekankan  penerapan  Kemahiran  BerfikirSecara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selaras dengan pelaksanaan KBAT sebagai satu usaha  kesinambungan  KBKK, Panduan  Aplikasi Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi Berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 4 danTingkatan  5 disediakan  untuk  membantu  guru dan  muridmengenal  pasti  elemen KBAT  dalam  buku  teks  KBSM serta  memberi  panduan  kepada  guru dan  murid dalam aspek penyediaan bahan sokongan KBAT.

panduan KBAT

Objektif Panduan Aplikasi KBAT

Panduan Aplikasi KBAT ini disediakan untuk membantu guru dan murid:
  1. mengenal pasti kandungan yang mempunyai elemen KBAT dalam buku teks danmengaplikasikannya dalam P&P.
  2. mengadaptasi kandungan buku teks melalui P&P mengikut tahap penguasaan kemahiran berfikir murid.
  3. membudayakan KBAT melalui buku teks sebagai sumber maklumat utama murid.
  • SUMBER : MOE
  • Untuk download PDF, sila Klik KBAT



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>