Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Proses Pemeriksaan Pasport Di Lapangan Terbang

$
0
0
pemeriksaan pasport
Satu siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Malaysia Airlines ke atas dakwaan yang dibuat dalam program televisyen Australia bahawa krew penerbangan MH370 yang hilang telah menjemput dua orang wanita masuk ke dalam kokpit semasa penerbangan Kuala Lumpur-Phuket pada 2011.

Dakwaan dibuat oleh Jonti Roos dalam program 'A Current Affair' itu turut memaparkan gambar-gambarnya bersama seorang lagi rakan, Jaan Maree, di dalam kokpit.

Menerusi program itu Jonti berkata dia dibenarkan untuk berada di dalam kokpit bersama-sama dengan rakannya sepanjang penerbangan yang memakan masa satu jam.

Dia seterusnya berkata semasa penerbangan pada Disember 2011, krew berkenaan turut bergambar dengan mereka.

Malaysia Airlines enggan mengulas sehingga siasatan selesai.

Penerbangan MH370, menggunakan pesawat B777-200 bertolak dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac.

Ia dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. 

Penyelamat antarabangsa masih mencari pesawat enjin berkembar yang membawa 239 orang di atas kapal. -Agensi

Proses Pemeriksaan Pasport Di Lapangan Terbang - vis myMetro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604