PETALING JAYA: Bekas kapten Perancis, Marcel Desailly, antara enam nama dicalonkan sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan.
Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Subahan
Kamal, selain Desailly, lima lagi nama disenarai pendek ialah bekas jurulatih Thailand Peter Reid, bekas pengurus kelab Aston Villa, David O' Leary, bekas pengurus kelab AS Roma, Zdenek Zeman, bekas jurulatih India Bobby Houghton dan bekas penasihat pasukan Fiorentina, Fabio Lopez dari Itali.

"Kita mahu lihat apa yang mereka boleh tawarkan walaupun masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
"Keputusan pemilihan ketua jurulatih mengambil masa yang lama kerana kita
inginkan seorang jurulatih yang tepat. Mereka bukan sahaja boleh mengendalikan
pasukan kebangsaan tetapi juga bekerjasama dengan semua jurulatih yang lain,"
katanya.
Subahan berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan majlis
menandatangani perjanjian antara stesen televisyen berbayar, Astro Arena dan
Utusan Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini. - Bernama