Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2016

$
0
0
Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam/ Kerajaan Bajet 2016. Berikut adalah jumlah dan tarikh bayaran bonus kakitangan awam atau pemberian khas kakitangan kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2016 yang diumumkan pada Jumaat, 23 Oktober 2015.

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2016

Pemberian khas kepada Kakitangan Awam ini melibatkan peruntukan RM645 juta melibatkan pembayaran RM500 kepada seramai 1.6 juta kakitangan awam dan bayaran RM250 kepada 1 juta pesara.
  • Tarikh Pembayaran : Januari 2016
bonus 2016

Jumlah Bayaran Bonus

  • Kakitangan awam - RM500
  • Pesara - RM250

Faedah Lain Kakitangan Awam Bajet 2016

Selain pembayaran khas di atas,  kerajaan telah bersetuju untuk memberi faedah berikut untuk menghargai kakitangan awam :-
  1. Memberikan faedah pemindahan gaji bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta kakitangan dengan peruntukan RM1.1 bilion;
  2. Menambah baik 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;
  3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam
  4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan ianya melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan
  5. Melantik tetap pegawai lantikan kontrak yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan membawa manfaatan 10,000 pegawai kontrak
Pelaksanaan kesemua langkah ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>