Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu'a Bulan Muharram

$
0
0
Niat Puasa Sunat Hari Tasu'a Dan Asyura 9 & 10 Muharram. Berikut disertakan Niat Puasa Hari Tasu'a Dan Asyura 9 & 10 Muharram sebagai panduan kepada umat Islam semua. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah saw. bersabda, maksudnya:
 "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
puasa asyura muharram

Huraian Hadith:
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu adalah untuk :

  • i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharram) sahaja.
  • ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
  • iii. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.

Niat Puasa Sunat 9 Dan 10 Muharram  (Sumber Shafiqolbu)


A.  Niat puasa Hari Kesembilan Muharam (Hari Tasu’a) 



Niat Puasa Muharram

B.  Niat puasa Hari Kesepuluh Muharam (Hari Asyura)

Niat Puasa Hari Tasu'a



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604