Berita Terkini TMJ Letak Jawatan Presiden PBNJ 12 Julai 2015. TMJ letak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Dipetik dari FB Johor Southern Tigers, berikut adalah pengumuman rasmi mengenai peletakan jawatan TMJ sebagai Presiden PBNJ pada pukul 5 petang Ahad, 12 Julai 2015.
PENGUMUMAN RASMI
Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi.
Untuk makluman semua, YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan. Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Hidup Johor, demi Johor.
Mohd. Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.