Permohonan iDANATTB Bantuan Raya Dan Dana Bakti Remaja Terengganu Online. Rayuan semula permohonan bagi bantuan Aidilfitri dan Dana Bakti Remaja 2015 akan dibuka semula sehingga 2 Julai 2015 ini demikian menurut makluman MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman seperti dipetik dari BH online.
Syarat Kelayakan
Kategori Permohonan
1. Dana Raya
3. Bantuan Persekolahan
Jumlah Bantuan
Rayuan semula permohonan bagi bantuan Aidilfitri dan Dana Bakti Remaja akan dibuka semula sehingga 2 Julai ini , kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini susulan lebih 14,000 permohonan bagi bantuan itu tahun tidak lulus berpunca daripada kegagalan individu memenuhi syarat ditetapkan termasuk berdaftar sebagai pemilih. "Daftar sebagai pengundi adalah satu daripada syarat untuk kedua-dua bantuan berkenaan. Dalam mesyuarat Exco hari ini, kita bersetuju untuk membuka balik rayuan permohonan melalui laman web http://danattb.terengganu.gov.my/ sehingga 2 Julai ini.Permohonan rayuan bantuan boleh di buat secara online atau manual. Berikut adalah langkah-langkah permohonan :-
- Secara Online - melayari Portal Negeri Terengganu pada pautan iDANATTB (http://danattb.terengganu.gov.my).
- Secara Manual - pergi ke Pusat Bestari.com yang berdekatan di DUN masing-masing.
Syarat Kelayakan
- Rakyat Terengganu atau Pemastautin yang tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Terengganu
- Pemilih yang berdaftar di Negeri Terengganu
- Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sebagaimana di menu Syarat
Kelayakan
Kategori Permohonan
1. Dana Raya
- Ibu Tunggal
- OKU
- Warga Emas
- Orang Miskin
3. Bantuan Persekolahan
Jumlah Bantuan
- Bantuan raya sebanyak RM300 seorang bagi kategori orang kurang upaya (OKU), warga emas, bapa atau ibu tunggal yang tiada anak
- RM400 bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM1,500 ke bawah dan bapa atau ibu tunggal yang mempunyai anak
- Dana Bakti Remaja, RM200 akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun