Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

$
0
0
Tugasan Geografi PT3 2015 Kajian Lapangan Kegiatan Ekonomi. Untuk tugasan Geografi PT3 tahun 2015, pelajar PT3 adalah dikehendaki untuk menjalankan kajian lapangan berkenaan dengan pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal atau sekolah pelajar.

Untuk makluman, kajian lapangan hendaklah beberapa perkara penting seperti berikut :-
  • 1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian. 
Kegiatan Ekonomi
Rujukan: Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.

  • 2. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut
  • 3. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut
  • 4. Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya
Contoh-contoh kegiatan ekonomi di sekitar kawasan petempatan:

1. Pertanian
2. Perikanan

3. Perhutanan
4. Perlombongan
3. Perniagaan
4. Perindustrian
5. Penternakan
6. Perkilangan


Bahan Rujukan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi
  • Semua borang soal selidik (contoh di sini) yang telah dijawab oleh responden (10 hingga 20) wajib disertakan bersama-sama hasil kajian
  • Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian
  • Menulis sumber rujukan dengan betul
  • Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data
Contoh tugasan Kegiatan Ekonomi klik PT3

Kredit Cekgu Norazimah



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604