Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

14 Tahun 13 Sebatan Akibat Samun Rumah Mufti

$
0
0
Datuk Dr Juanda Jaya
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya 
14 Tahun 13 Sebatan Akibat Samun Rumah Mufti Petra Jaya: Seorang peniaga ikan dipenjara 14 tahun serta 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata terhadap keluarga Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, di sini, pada 16 Ogos lalu.
Tertuduh, Mohamad Shariman Alwi, 31, didapati melakukan kesalahan itu bersama seorang rakannya yang masih bebas membabitkan kerugian RM46,500 termasuk wang tunai dan barang kemas. 
Hakim Nixon Kennedy Kumbong mengarahkan tertuduh menjalani hukuman berasingan terhadap hukuman dijatuhkan berikutan kesalahan meragut pada 10 Oktober lalu. 

Kennedy menetapkan hukuman itu selepas mengambil kira dua kesalahan jenayah dilakukan tertuduh hingga menyebabkan mangsa trauma.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun serta lima sebatan terhadap tertuduh selepas mengaku salah meragut sukarelawan polis di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya, Jalan Semarak, Petra Jaya, September tahun lalu.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan tertuduh menjalani hukuman 21 tahun penjara serta 18 sebatan terhadap kedua-dua kesalahan yang dilakukan di dua lokasi berasingan. 

Ketika prosiding dibacakan menerusi seorang penterjemah mahkamah, tertuduh hanya berdiam diri dan mengangguk terhadap pertuduhan dibacakan. 

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa merompak Dr Juanda di rumahnya di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya dalam kejadian pada jam 4.30 pagi, 16 Ogos lalu. - myMetro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>