Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Berita Terkini Kontroversi Festival Johor for Jesus Jun 2015

$
0
0
Berita Terkini Kontroversi Festival Johor for Jesus Jun 2015. Dipetik dari FB Exco Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Ayuh bantah!...kepada Seluruh Umat Islam kita tidak boleh biarkan mereka memesongkan Aqidah Umat Islam di Johor...Dipetik dari Ismaweb, semalam telah tersebar di kalangan pengguna internet dan media sosial video trailer persidangan Kristian yang menyiarkan kata-kata seperti ‘Johor for Jesus’, ‘Take possession of the land (Johor Bahru)’ dan ‘Johor never be the same’.

Persidangan agama Kristian “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” dijadual berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, pada 3 hingga 5 Jun ini.

“Johor for Jesus (Johor untuk Jesus), Take possession of the land (Johor Bahru) (Ambil hak milik tanah Johor Bahru), Johor never be the same (Johor tidak akan sama seperti yang dahulu)”.

Ini adalah antara kenyataan ‘panas’ yang disiarkan dalam video trailer persidangan agama Kristian “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” akan berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, 3 hingga 5 Jun ini.

Video yang tersebar di internet di youtube, walau bagaimanapun telah ditarik balik.

Kontroversi Festival Johor for Jesus Jun 2015
Berita terkini
Seperti dipetik dari FB Hj Abd Latif  Bin Hj Bandi, Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Festival God's Power Healing Night telah di batalkan.
Tiada penganjuran Festival God's Power Healing Night kerana berunsur provokasi dan boleh menimbulkan ketegangan antara masyarakat berbilang agama di negeri ini


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>