Berita Terkini Status Halal Secret Recipe Ditarik Balik Oleh JAKIM. Dipetik dari FB Bahagian Hab Halal JAKIM memaklumkan yang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada semalam, 26 Mei 2015 telah menarik balik sijil pengesahan halal syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook rasmi mereka, penarikan sijil yang berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu walau bagaimanapun bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

“Penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia,"Berikut adalah penjelasan JAKIM berhubung Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe yang ditarik balik.