Perbezaan Di antara Politeknik Premier, Konvensional Dan METrO. Perpindahan ekonomi negara daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian telah melonjakkan permintaan untuk mengikuti pendidikan di politeknik. Perkara ini menyaksikan perkembangan pantas cabang pendidikan teknikal ini yang kini berjumlah 27 buah Politeknik tidak termasuk 4 buah Poli METrO di seluruh negara. Sebenarnya terdapat 3 jenis Politeknik di Malaysia iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO.
Panduan Lulus Cemerlang MUET! Klik Disini!
Ketiga-tiga Politeknik ini mempunyai fungsi dan tujuan yang sama iaitu melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan yang sekaligus menyediakan laluan alternatif lepasan politeknik ke pendidikan tinggi.
Berikut disertakan perbezaan di antara Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO untuk panduan semua.
Politeknik Premier
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Penubuhan Politeknik Premier itu penting bagi memastikan kelestarian penghasilan modal insan negara. Sudah semestinya, Politeknik Premier itu membawa impak langsung kepada keseluruhan sistem pendidikan dan latihan di politeknik dari beberapa sudut. Antaranya, ia akan melonjakkan imej politeknik sebagai sebuah institusi yang dinamik, responsif dan seiring dengan kehendak persekitaran. Ia juga akan mewujudkan keanjalan dalam pelaksanaan dan pengendalian tadbir urus bagi menjadikan institusi politeknik sebagai sebuah institusi yang mesra pelanggan. Di samping itu, ia juga akan memberi tumpuan kepada penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti tinggi serta aktiviti penyelidikan yang boleh memberikan impak besar kepada pembangunan institusi dan industri.
Terkini, tiga politeknik premier dijangka dapat dinaik taraf sebagai universiti politeknik pada 2015. Kriteria pengambilan pelajar menjurus kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan adalah melalui UPU Online dan terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa.
Senarai Lokasi Politeknik Premier1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
Politeknik Konvensional
Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa yang diwujudkan sebelum ini. Pengambilan pelajar adalah untuk lepasan SPM yang antara lain menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan boleh dibuat melalui UPU Online.
Senarai Lokasi Politeknik Konvensional1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan
4. Politeknik Kuching, Sarawak
5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
8. Politeknik Kota, Melaka
9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu
10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu
11. Politeknik Merlimau, Melaka
12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
17. Politeknik Mukah, Sarawak
18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
19. Politeknik Jeli, Kelantan
20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21. Politeknik Banting, Selangor
22. Politeknik Mersing, Johor
23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
24. Politeknik Sandakan, Sabah
Politeknik METrO
Politeknik METrOmerupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.
Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.
Permohonan kemasukkan adalah fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.
Senarai Lokasi Politeknik METrO1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
4. Politeknik METrO Betong (PMB)
5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)