Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Jerebu Kini Melanda Malaysia Mac 2014

$
0
0
Jerebu di Malaysia 2014

Jerebu Kini Melanda Malaysia Mac 2014 | Lima kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang berbanding dua kawasan pada pukul 2 petang tadi.

   
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Pelabuhan Klang di Selangor merekod bacaan IPU 127; Seri Manjung di Perak pada bacaan 105; Cheras di Kuala Lumpur (135), Banting di Selangor (115) dan Putrajaya (113).
   
Sementara itu, 22 kawasan merekod bacaan sederhana antaranya, Sungai Petani (98), Taiping (99), Muar (94), Seberang Jaya 2 Perai (94), Jalan Tasek, Perak (100) dan Shah Alam (93).
   
Antara 22 kawasan yang merekod bacaan baik pula ialah Pasir Gudang (38), Kota Kinabalu (38), Bintulu (28), Kuala Terengganu (26) dan Langkawi (45).
   
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
   
Orang ramai boleh merujuk ke portal apims.doe.gov.my kendalian Jabatan Alam Sekitar untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>