Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Menyambung Pengajian Bagi Pelajar Evakuasi Yemen 2015 Online

$
0
0
Permohonan Menyambung Pengajian Bagi Pelajar Evakuasi Yemen 2015 Online. Sukacita dimaklumkan seperti dipetik dari Portal Rasmi KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membantu pelajar-pelajar Malaysia yang terlibat dalam evakuasi Yemendan berminat untuk menyambung pengajian dengan cara berikut:
  • Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke IPTS dalam negara
  • Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke negara Mesir
  • Pelajar-pelajar di bawah umur iaitu di bawah 17 tahun boleh memohon untuk memasuki sekolah kerajaan seperti sekolah harian, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah menengah kebangsaan agama dengan terus menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Sambung Pengajian Evakuasi Yemen 2015
Pelajar yang berminat boleh melayari portal KPM di laman sesawang berikut: Applikasi Permohonan http://yemencrisis.moe.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  1. Pelajar-pelajar Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara perlu mengisi Borang Maklumat Diri Pelajar Yang Terlibat Dalam Evakuasi Yemen (Untuk Permohonan Dalam Negara) tertakluk kepada syarat dan prosedur yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar yang berjaya akan dihubungi oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi urusan pengambilan dan pendaftaran masuk.
  2. Borang tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang http://yemencrisis.moe.gov.my. Link Borang - klik Evakuasi Yemen 2015
  3. Tarikh tutup permohonan dan penyerahan borang adalah pada 15 Mei 2015 (Jumaat) jam 5.00 petang. Borang perlulah dikemukakan ke alamat seperti berikut;
    Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 Putrajaya

Untuk makluman, KPM tidak menaja pelajar untuk menyambung pengajian di dalam atau luar negara. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226.KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>