Video Pergaduhan Penyokong Perak Dan JDT 24 April 2015. Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak hari Jumaat lalu, 24 April 2015 sekali lagi menyaksikan keganasan dan kekecohan dilakukan oleh penyokong kedua-dua pasukan. Pada perlawanan itu, Perak menewaskan JDT 2-1 yang menyaksikan status Bojan Hodak sebagai Jurulatih JDT dilucutkan sementara dan digantikan oleh Mario Gomez dari Argentina. Mengulas kekecohan segelintir penyokong Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Perak di Ipoh, TMJ mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman dengan menolak mata pasukan apabila berlaku kekecohan melibatkan penyokong. Tunku Ismail berkata FAM tidak perlu mengenakan denda.
Berikut antara video insiden pergaduhan kekecohan penyokong Perak dan JDT 24 April 2015
Video gol dan highlight perlawanan termasuk aksi kekecohan penyokong dan pemain klik Bazooka Penaka
"Pada pandangan saya, sesiapa yang membuat kekacauan...kita hukum pasukan, jangan hukum menerusi denda kerana penyokong tidak peduli soal duit persatuan.Mengulas lanjut insiden itu juga, Tunku Ismail kesal terhadap Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang membuat aduan kepada FAM dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai pengecut dengan meletakkan kesalahan kepada penyokong JDT. Akibat kekecohan penyokong, barisan pemain dan pegawai pasukan Harimau Selatan terpaksa meninggalkan stadium selepas perlawanan dengan dibawa menaiki kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Pangkalan Unit 5 itu di Sungai Senam.
Berikut antara video insiden pergaduhan kekecohan penyokong Perak dan JDT 24 April 2015
Video gol dan highlight perlawanan termasuk aksi kekecohan penyokong dan pemain klik Bazooka Penaka