NAYPYITAW: Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Myanmar 2013 apabila menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi perlawanan kumpulan A, di Stadium Zayar Thiri di sini, petang Selasa.
Gol negara disumbangkan oleh Asri Chuchu pada minit ke-82 dan Saarvindran pada minit ke-90.
Manakala gol tunggal Vietnam dijaringkan oleh Mac Hong Quan pada minit ke-95.
Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu akan menentang Indonesia pada aksi separuh akhir, Khamis ini - mStar online
Gol Harimau Muda Tewaskan Vietnam Sukan SEA 2013