Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei April 2015. Umum sedia maklum yang jaguh perseorangan badminton negara iaitu, Datuk Lee Chong Wei, 33 telah digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping dan didapati positif 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lepas. Naib juara Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu kemudiannya digantung BWF mulai 11 Nov lalu sementara menantikan kesnya didengar di Amsterdam, Sabtu ini. Chong Wei telah tiba di Amsterdam bersama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, ahli majlis BAM, Jadadish Chandra dan peguam peribadinya, Brian Song bagi menghadapi perbicaraan membabitkan kes doping beliau.
Chong Wei akan berdepan tiga panel bebas yang dilantik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) - dua dari Eropah dan satu dari India dalam perbicaraan yang akan berlangsung di Hotel Sheraton Amsterdam Airport bermula pukul 10 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) esok.
Oleh itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton mendoakan agar keputusan pendengaran kes doping jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mencapai keputusan yang positif.
Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata dengan keputusan positif yang dicapai nanti, bekas pemain nombor satu dunia itu dapat meneruskan cabaran yang lebih besar khususnya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik kepada negara.
Terkini
Sesi pendengaran membabitkan kes doping jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berehat seketika untuk makan tengah hari selepas berlangsung selama tiga jam setengah bermula sejak pukul 9.25 pagi waktu tempatan (3.25 petang waktu Malaysia). Ia dijangka kembali bersambung selepas jam 2 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI