Harga Kereta Turun Selepas GST. Ramai yang menunggu dan ada yang terpaksa menangguhkan hajat untuk membeli kereta kerana tidak pasti samada harga kereta akan turun atau naik selepas pelaksanaan GST. Sebelum pelaksanaan GST ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menggesa orang ramai untuk membeli kereta sebelum GST memandangkan kebanyakan syarikat kereta merancang untuk mengurangkan inventori mereka dengan tawaran yang menarik. Syarikat-syarikat kereta ini pasti mahu mengurangkan stok kereta yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum 1 April, apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mengambil tempat.
Menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad pula, secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) diperkenalkan pada 1 April 2015. Beliau menjelaskan CBP hanya enam peratus sahaja manakala cukai jualan kenderaan ketika ini ialah 10 peratus. Cukai jualan kenderaan akan dimansuhkan pada 1 April.

Harga Kereta Naik Atau Turun Selepas GST?
Dan berita baik kepada mereka yang ingin membeli kereta selepas GST seperti dipetik dari BH Online, memaklumkan yang tiga pengeluar kenderaan telah mengumumkan pengurangan harga antara RM500 hingga RM4,000 bagi model kereta masing-masing susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa hari ini.
PROTON Holdings Bhd (PROTON) mengurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz. Sebagai contoh, pengguna kini boleh membeli Proton Saga dari harga serendah RM33,242.40 atau Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46. Semua harga ini sudah mengambil kira enam peratus GST dan juga harga di atas jalan.

Honda Malaysia Sdn Bhd pula mengurangkan antara RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.
Sementara itu, UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan sehingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI