Borang Permohonan Bazar Ramadan MPJBT 2015. Berita baik kepada peniaga yang berminat seperti dipetik dari Portal Rasmi MPJBT memaklumkan yang Borang permohonan bazar ramadhan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) tahun 2015 akan mula dikeluarkan mulai 29 Mac hingga 9 April 2015. Borang berkenaan boleh diperolehi di Jabatan Pelesenan, Aras 1, Menara MPJBT, Skudai. Menurut Kalendar Islam tahun 2015 / 1436 - 1437 Hijrah, ibadah puasa ramadhan atau 1 Ramadhan akan disambut di Malaysia bermula pada 18 Jun 2015.
BAZAR RAMADAN MPJBT 2015
Permohonan adalah terbuka bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tempatan yang berminat untuk berniaga di Bazar Ramadhan, MPJBT
TARIKH & MASA | KETERANGAN | TEMPAT |
29 Mac 2015 - 9 April 2015 (8.30 pagi - 4.30 petang) | Pengeluaran Borang Bazar Ramadan (Kawasan MPJBT Sahaja) | Aras 1, Jabatan Pelesenan, Majlis Penbandaran Johor Bahru Tengah. |
12 April 2015 (9.00 pagi - 4.30 petang) | Pendaftaran Permohonan Bazar Ramadan a) Taman Nusa Perintis 1 b) Jalan Ara 9, Taman Sri Pulai | Bilik Tanjung, Dewan Serbaguna MPJBT |
13 April 2015 (9.00 pagi - 4.30 petang) | Pendaftaran Permohonan Bazar Ramadan a) Jalan Kemuliaan, Taman Universiti b) Jalan Emas 1, Taman Sri Skudai c) Jalan Layang 16, Taman Perling | |
14 April 2015 (9.00 pagi - 4.30 petang) | Pendaftaran Permohonan Bazar Ramadan a) Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti b) Jalan Perwira 19, Taman Ungku Tun Aminah c) Jalan Pi 11/1, Taman Pulai Indah d) Jalan Pulai Harmoni 1, Bandar Baru Kangkar Pulai | |
15 April 2015 - 16 April 2015 (9.00 pagi - 4.30 petang) | Pendaftaran Permohonan Bazar Ramadan a) Jalan Bayan, Masai b) Jalan Johar, Taman Desa Cemerlang c) Jalan Rambutan, Ulu Tiram d) Jalan Bunga Seroja, Plentong e) Jalan Badik 21, Taman Puteri Wangsa f) Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam |
1. Dokumen yang perlu di bawa semasa hari pendaftaran :
- 1 keping gambar.
- 1 salinan Kad Pengenalan.
- 1 salinan Buku Suntikan typhoid@ty2 (masih sah / tidak tamat tempoh).
- 1 salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan (bagi tahun 2010 dan ke atas).
2. Lantikan Pembantu:
- Pemohon dibenarkan untuk melantik sekurang-kurangnya 2 orang pembantu sahaja.
- Pembantu perlu mengemukakan dokumen sama seperti pemohon.
3. Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diterima.
4. Pemohon dikehendaki hadir semasa hari pendaftaran.
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI:-
UNIT LESEN PENJAJA MPJBT - 07 - 5555026
Klik di SINI untuk memuat turun pengumuman dalam bentuk PDF