Berita Terkini Arab Saudi Serang Pemberontak Huthi Di Yaman. Arab Saudi mula melancarkan serangan udara terhadap pemberontak Huthi di Yaman bagi menyelamatkan pemerintahan pemimpin negara itu, kata kata Duta Besarnya ke Amerika Syarikat (AS), Adel al-Jubeir.
"Operasi ini untuk mempertahankan dan mendukung pemerintah Yaman yang sah dan mencegah gerakan radikal Huthi mengambil alih negara," kata Al-Jubeir kepada wartawan di Washington.
Beliau memaklumkan, Arab Saudi adalah sebahagian dari gabungan 10 negara yang akan cuba menghalang kemaraan pihak pemberontak Houthi.
"Kami akan buat apa sahaja untuk melindungi negara kami. Gabungan 10 negara ini akan bersama untuk menghalang kejatuhan Yaman ditangan kelompok Huthi," kata Al-Juberir yang dipetik dari NY Times.
Bagaimanapun, Adel tidak memberitahu negara terlibat dalam gabungan tersebut, namun mengatakan terdapat negara Teluk Parsi lain terlibat.
Setakat ini, Arab Saudi menghantara 100 jet pejuang dan 150,000 tentera dalam operasi ketenteraan bersama sekutu membabitkan negara Teluk itu.
Malahan, beliau turut menafikan penglibatan AS dalam operasi tersebut.
Sejak Februari lalu, Yaman semakin bergolak apabila mendapat ancaman pemberontak Huthi yang mengambil alih penguasaan di ibu negaranya, Sanaa - mStar online
Keadaan di Yaman ini menyebabkan harga minyak mentah Asia melonjak hari ini susulan serangan udara Arab Saudi ke atas kubu pemberontak di Yaman, dengan sentimen kebimbangan krisis Yaman mempengaruhi pengeluaran minyak di Teluk.
Paras harga minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) bagi pengagihan bekalan Mei meningkat AS$1.90 kepada AS$51.11 manakala paras Brent bagi Mei melonjak AS$1.95 kepada AS$58.43 pada dagangan tengah hari. - AFP
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI