Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Surah Al-Ahzab, 33: 56)
ASAL PENGERTIAN SELAWAT
Asal perkataan ‘selawat’ di dalam bahasa Arab adalah صلاة (solat)
Selawat = صلاة
Seperti mana solat (sembahyang), begitulah yang diertikan dengan selawat. Di dalam Bahasa Arab, selawat dan solat berasal dari perkataan yang sama.
Adapun pengertian solat dari segi bahasa adalah doa. Apa pula ertinya doa? Doa berasal dari perkataan دعى ataupun دعوة yang bererti menyeru ataupun meminta.
Doa ( دعوة = دعى = ( دعاء (menyeru / meminta)
Itulah maksud solat yang seerti dengan doa. Apabila dikatakan kita berdoa kepada Allah, bererti kita sedang menyeru dan meminta kepada Allah.
Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.
HUKUM BERSELAWAT
Ada beberapa pendapat berkenaan hukum berselawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam;
Pendapat pertama mengatakan wajib sekali seumur hidup.
Pendapat kedua mengatakan wajib berselawat apabila ada sebabnya.
Pendapat ketiga mengatakan selawat itu hukumnya sunat.
Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin rahimahullah mengatakan bahawa pendapat yang rajih (kuat) adalah selawat itu wajib apabila ada sebabnya, tetapi hukum secara amnya adalah sunat.

Cara Membaca Selawat
Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:
- Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
- Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
- Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!.
.
Bacaan Selawat Dalam Rumi
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.

SUMBER - Ustaz Idris Sulaiman, Shafiqolbu
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI