Tambang Teksi Dan Bas Ekspres Naik Bermula 1 April 2015. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kadar tambang baru bagi pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres ekoran peningkatan kos sebanyak 33 peratus termasuk penyelenggaraan dan insurans. Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, kadar tambang baharu akan naik berbeza dalam lingkungan RM1.25 hingga RM8.00 bergantung kepada jarak servis yang diberikan. Bagaimanapun, peningkatan kadar tersebut hanya melibatkan teksi bajet, TEKS1M dan kereta sewa di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
“Harga baharu bagi teksi akan bermula serta-merta selepas pengumuman dilakukan, manakala tambang bas ekspres pula bermula 1 April nanti.
Tambang Baru Teksi 2015
“Harga baharu bagi teksi akan bermula serta-merta selepas pengumuman dilakukan, manakala tambang bas ekspres pula bermula 1 April nanti.
Tambang Baru Teksi 2015
- Tambang awal bagi teksi ditetapkan pada RM3 tetapi kadar jarak meningkat kepada 25 sen bagi 200 meter berbanding kadar sebelum ini iaitu 10 sen/115 meter, selain perkiraan masa iaitu 25 sen per 36 saat berbanding 10 sen per 21 saat.
Tambang Baru Bas Ekspres 2015
- Kadar tambang bas ekspres meningkat dari 9.3 sen kepada 11.4 sen bagi setiap kilometer.
Katanya, penetapan terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres pada tahun 2009.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI