Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Filem Paling Laris Dalam Sejarah Perfileman Malaysia

$
0
0
The Journey
‘The Journey’, filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw dan diterbitkan oleh Woohoo Pictures hari ini diumumkan sebagai filem tempatan paling laris dalam sejarah perfileman negara apabila mengumpul kutipan tiket sebanyak RM12.92 juta (setakat 23 Februari).

Setelah 25 hari berada di pawagam seluruh Malaysia sejak ia ditayangkan pada 30 Januari lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, melanggar trend tradisi filem-filem yang ditayangkan sebelum ini.

Filem tersebut mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster yang sebelum ini meraih kutipan RM11.74 juta sewaktu ditayangkan pada tahun 2011.

Pengarah filem tersebut, Chiu Keng Guan berkata, “Terima kasih kerana menjadikan filem The Journey sebagai filem paling laris dalam sejarah. Pihak produksi filem ini termasuk pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang tidak henti-henti mempromosikan filem ini menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan perbualan harian mereka. 

‘The Journey’ ialah sebuah filem buatan Malaysia yang menepati citarasa rakyat tempatan melangkaui budaya dan generasi, dengan meraikan nilai-nilai ketaatan kepada ibu-bapa, kasih sayang, perpaduan keluarga, kepelbagaian budaya dan juga pertembungan budaya Timur dan Barat serta ketegangan hubungan ibu bapa dan anak.” - Astro Awani


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>