Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor 2014

$
0
0
gangguan bekalan air

Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor

STATUS TERKINI BOLEH LAYARI DI FB PUSPEL SYABAS DAN LAMAN WEB RASMI SYABAS

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat. Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT
 1.   Taman Setia, Balakong
2.   Desa Karun Mas
3.   Taman Cheras Jaya
4.   Taman Bukit Emas
5.   Taman Impian Indah
6.   Taman Sejati
7.   Taman Bukit Sungai Long
8.   Taman Taming Indah
9.   Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
10. Taman Sri Indah
11. Taman Impian Ehsan
12. Taman Suria
13. Taman Kasturi
14.  Kampung Baru Balakong
15. Taman Seri Sungai Long
16.  Taman Seri Kenangan
17. Batu 11, Jalan Cheras
18. Taman Balakong Jaya
 JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430

WILAYAH KUALA LANGAT  
1.   Kampung Olak Lempit
2.   Kampung Bukit Changgang
3.   Kampung Labohan Dagang
4.   Taman Changgang Jaya
5.   Kompleks Perabut  Olak Lempit
6.   Rtb Bukit Changgang
7.   Bandar Seri Ehsan
8.   Bandar Mahkota
9.   Bandar Sungai Emas
10. Taman Arked
11. Taman Sri Dagang
12. Taman Ambar
13. Taman Langat Murni
14. Taman Langat Utama
15. Taman Murnimas
16. Taman Sri
17. Taman Sri Chedin
18. Sekolah Tamil Sungai Sedu
19. Selangor Dredging
 JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573


Dalam masa yang sama, sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa  kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.  Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT
1.  Bandar Tun Hussien Onn
2.  Saujana Impian
 JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT 
1.   Batu 7 ijangkang
2.   Batu 8 Sijangkang
3.   Batu 9 Sijangkang
4.   Batu 9 Kg Medan
5.   Batu 9 Kebun Bharu
6.   Taman Desa Sijangkang
7.   Taman Rivera Perdana
8.   Taman Permai Sijangkang
9.   Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan
JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351 

WILAYAH KUALA LUMPUR
1.   Angsana Hilir
2.   Ampang Hilir
3.   Taman Pertama
4.   Taman Bukit Pandan
5.   Kg Pandan Luar
6.   Kg Pandan Dalam
7.   Taman Koperasi Polis
8.   Taman Desa Baiduri
      a. Jln Tenteram
      b. Jln Yaakob Latif
9.   Bandar Damai Perdana
10.  Taman Damai Perdana
11.  Taman Desa Cahaya
12.  Taman Sri Bahagia
13.  Taman Bukit Anggerik
14.  Taman SPPK Bkt Cheras
15.  Taman Orkid Desa
16.  Taman Segar
      a. Jalan Belimbing
17.  Taman Billion
      a. Jalan Setiabistari
18.  Taman Supreme
      a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12
19.  Taman Cheras
      a. Jalan Setiabudi
20.  Taman Cheras Utama
      a. Jalan Setiarasai
21.  Taman Cheras Hartamas
      a. Jalan Setiarayai
22.   Taman Bkt Segar Jaya
      a. Jalan Setiajaya
23.  Bandar Baru Segar Utama
      a. Jalan Medan Setia
24.  Taman Damai Indah
      a. Jalan Setiabakti                      
25.  Taman Minang Ria
      a. Jalan Setiakasih
26.  Taman Bukit Angsana
      a. Plaza Damansara
27.  Taman Suria Jaya
      a. Taman Seri Beringin
28.  Taman Len Seng
29.  Taman Desa Cheras
30.  Taman Alam Damai
31.  Taman Maluri
32.  Taman Bukit Segar
33.  Taman Bukit Segar Masera 
34.  Taman Tayton View
35.  Taman Connaught
36.  Pandan Prima
37.  Taman Tenaga
38.  Taman Ikan Emas
39.  Sebahagian Bandar Tun Razak
      a. Hospital UKM (HUKM)
40.  Taman Midah
41.  Taman Desa Aman
42.  Taman Rajawali
43.  Taman Cheras Makmur
44.  Kg. Cheras Baru,  Bukit A & B
45.  Sebahagian Kawasan Damansara:
      a. Jalan Segambir
JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826

WILAYAH HULU PETALING
1.   Puchong Jaya
2.   Pusat Bandar Puchong
3.   Taman Wawasan
4.   Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5.   Taman Bukit Kuchai
JUMLAH PINTU RUMAH: 11,529

Pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa sekiranya keadaan ini berlaku secara berterusan, adalah dijangkakan lebih ramai pengguna akan mengalami terputus bekalan air. Dalam menghadapi keadaan ini, pihak SYABAS telah mengaktifkan pelan tindakan kecemasan kepada seluruh kakitangan SYABAS bagi memantau dan mengurus penghantaran bantuan air kecemasan menggunakan lori-lori tangki dan tangki statik untuk meringankan kesan yang dialami oleh pengguna  terlibat. Walaubagaimanapun kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna yang terlibat dalam masa yang ditetapkan dan diinginkan oleh pengguna.

Sehubungan itu, para pengguna yang terputus bekalan air yang mengambil air dari lori-lori tangki air dan tangki statik SYABAS diminta untuk berjimat cermat bagi membolehkan lebih ramai pengguna yang terlibat mendapat bantuan air kecemasan ini. Sementara itu, para pengguna khususnya di kawasan yang tidak terlibat dengan gangguan disarankan agar tidak melakukan pembaziran air kerana sebarang penjimatan boleh disalurkan ke kawasan-kawasan yang terlibat secara langsung dengan gangguan. Dalam masa yang sama, pihak SYABAS juga akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Pihak SYABAS amat mengharapkan agar para pengguna semua memahami keadaan ini dan bagi mereka yang yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPEL SYABAS di talian 1-800-88-5252 atau menghubungi Pusat Khidmat Setempat (PKS) SYABAS yang turut dibuka di kawasan mereka.

Walau bagaimanapun, sekiranya aduan serentak berlaku dengan jumlah yang sangat tinggi, ianya akan melampaui kapasiti perkhidmatan di PUSPEL menyebabkan panggilan pengguna tidak dapat menembusi talian PUSPEL atau terpaksa menunggu dengan lebih lama. Pihak SYABAS berharap para pengguna memahami situasi ini - FB Puspel Syabas

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>