PDRM Lancar Ops Roda Bermula 12 Mac 2015. Polis Trafik semalam telah melancarkan Operasi Roda (Ops Roda) di seluruh negara, dengan tumpuan khusus kepada penunggang dan pemilik motosikal seperti dilaporkan oleh Bernama. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latif, berkata pemilik motosikal perlu memastikan kenderaan mereka
1) Dalam keadaan baik dan tidak menyalahi undang-undang.
2) Pemilik motosikal juga bertanggungjawab untuk tidak membenarkan motosikal mereka dibawa oleh sesiapa sahaja yang tidak mempunyai lesen menunggang.
3) Operasi ini termasuk dijalankan di sekolah-sekolah menengah bagi mengesan pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu menggunakan kenderaan ini
4) Polis akan mengadakan operasi untuk menyita motosikal sehingga pemilik motosikal tampil di balai untuk menuntut kenderaan mereka.
"Kita yakin motosikal ini kepunyaan ibu bapa pelajar ini, sekiranya pelajar ditahan, kita akan panggil ibu bapa ke balai untuk dikenakan saman,"
PDRM Lancar Ops Roda Bermula 12 Mac 2015
Beliau berkata, bagi kenderaan yang disita, jika ia tidak dituntut dalam tempoh tiga bulan oleh pemiliknya, polis akan mengambil tindakan untuk melelong kenderaan terbabit.
"Sepanjang tempoh operasi itu, polis akan mengenakan saman trafik dengan bayaran kompaun maksimum RM300 tanpa pengurangan," katanya.
Mohd Fuad juga berkata, kes kemalangan jalan raya yang dicatat sepanjang "Ops Selamat" sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini, meningkat.
Kemalangan di jalan bandaran berjumlah 7,591 kes iaitu meningkat sebanyak 835 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, jalan persekutuan 3,554 kes (meningkat 519 kes), jalan negeri 3,187 kes (meningkat 439), lebuh raya 2,119 kes (meningkat 673).
Perangkaan kemalangan sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini, juga mendapati bahawa mangsa berbangsa Melayu mencatat kematian tertinggi dengan 94 orang, diikuti Cina (41), India (31), bangsa lain (22) manakala warga asing 11 orang.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI