Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Harga Gas Masak LPG 2015 Terkini

$
0
0
Harga Gas Masak LPG Kekal RM26.60 Bagi Tong 14 Kg. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini kekal pada kadar harga RM26.60 bagi tong 14 kilogram. Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad seperti yang diputuskan oleh Majlis Ekonomi Negara yang bermesyuarat pada 8 Mac 2015.

Sebelum ini Menteri KPDNKK, YB DATO' SRI HASAN BIN MALEK ada mengulas mengenai Harga Gas Masak LPG 2015 Terkini.
"Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.

"Kita akui sejak 16 tahun lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,"

Dengan tiada kenaikan harga baharu LPG buat masa kini, langkah kerajaan ini dilihat sebagai langkah bijak dalam menjaga kepentingan rakyat pada masa kini.
Harga Gas Masak LPG 2015 Terkini
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>