Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Keputusan Penuh JDT Vs Balestier Khalsa FC 10 Mac 2015

$
0
0
Keputusan Penuh JDT Vs Balestier Khalsa FC 10 Mac 2015. JDT mengutip 3 mata berharga malam ini selepas menewaskan Balestier Khalsa FC di perlawanan kedua peringkat kumpulan F Piala AFC 2015 di Stadium Jalan Besar, Singapura sebentar tadi. Perlawanan disiarkan secara langsung pada jam 7:30 malam di FOX Sports 812 dan 832 HD serta Siaran Tertunda jam 8:30 malam di TV9. Dalam satu lagi perlawanan, Kitchee dan East Bengal seri 1-1.

JDT mempunyai banyak peluang dan beberapa gol tidak dikira kerana off-side. Pada masa tambahan 90 minit, bek kiri JDT, Asraruddin Putra Omar merembat masuk gol kemenangan hasil hantaran Hariss Harun.
 
JDT tidak menurunkan pemain import dalam kesebelasan utama kali ini dan hanya memasukkan Hariss Harun di separuh masa kedua. JDT kini mengungguli carta kedudukan kumpulan F Piala AFC 2015 dengan 6 mata selepas 2 perlawanan. Dalam perlawanan pertama di Larkin, JDT membelasah wakil India, East Bengal FC 4-1. Balestier Khalsa FC pula tewas kepada wakil Hong Kong, Kitchee 0-3.

Saksikan Live Streaming JDT Vs Balestier Khalsa FC pada 10 Mac 2015 di JDT LIVE.

carta afc 2015
Team Lineups
BALESTIER KHALSA: Zaiful Nizam Abdullah (C), Yusiskandar Yusop, Emir Lotinac, Igor Cerina, Nurullah Mohamed Hussein, Miroslav Kristic, Jonathan Xu Weihua, Ignatius Ang Yu Heng, Muhammad Fadhil Noh, Poh Yi Feng, Ho Wai Loon

JDT: Izham Tarmizi, Asraruddin Putra Omar, Safee Sali, Daudsu Jamaluddin, Amri Yahyah (C), Mahali Jasuli, Nazrin Nawi, Junior Eldstàl, Amer Saidin, Fadhli Shas, Fandi Othman


Keputusan Penuh JDT Vs Balestier Khalsa FC 10 Mac 2015


BALESTIER KHALSA FC (SIN)  0

JDT (MAS) 1 (Asraruddin Putra Omar min 90 +3 min)

Keputusan Penuh JDT Vs Balestier Khalsa FC 10 Mac 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>