Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU 2015 Online. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2014 yang baru diumumkan keputusannya pada 3 Mac 2015 yang lalu. Kini tiba masanya untuk membuat pengemaskinian Borang Permohonan UPU 2015 secara online berdasarkan hasil keputusan SPM 2014 sebenar yang pelajar dapat.
Sebagai panduan ringkas, berikut adalah cara membuat kemaskini Permohonan UPU Ke IPTA sesi 2015/ 2016 secara online.
Semua calon STPM 2014 termasuk calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan STPM 2014 yangtelah diumumkan pada 3 Mac 2015 untuk permohonan bagi kemasukan ke IPTA sesi 2015/2016 (Fasa 1 : 19 Januari hingga 06 April 2015)
Calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2014 boleh mengemaskini permohonan pada Fasa 2 (01 hingga 06 Mei 2015) dengan syarat telah membuat permohonan pada Fasa 1.

1) Sila ke Portal Rasmi UPU http://upu.moe.gov.my/web/pendaratan.php
2) Sila tentukan Jenis Permohonan & Program Pengajian.
3) Klik Kemaskini untuk mengemaskini permohonan anda
4) Sila isi ruangan yang tertera
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.
Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.
atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.moe.gov.my/web/
SUMBER - Hab Pendidikan