Seramai 17,000 Isi Rumah Yang Layak Tolak BR1M Tahun Ini | Seramai 17,000 isi rumah yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 secara jujur menolak bantuan kali ini.
Menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mereka yang merupakan penerima BR1M tahun lalu telah memaklumkan terus kepada kerajaan tidak mahu menerima bantuan kali ini kerana merasakan mereka bukan lagi keluarga yang susah.
Beliau menyifatkan tindakan itu sangat luar biasa yang membuktikan rakyat Malaysia sudah semakin matang.
Dalam pada itu, Husni tidak menafikan wujudnya kes-kes terpencil di mana terdapat penerima BR1M yang tidak layak tetapi menerima bantuan itu.
Mengulas mengenai pembayaran BR1M, kira-kira 100,000 penerima BR1M seluruh negara akan menerima bayaran pada Isnin berikutan masalah teknikal dihadapi bank.
Astro Awani