Syarat Kelayakan BB1M 2015 (Baucar Buku 1Malaysia 2015). Pada 10 Oktober 2014, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I di dalam pembentangan Bajet tahun 2015 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM325 juta untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)2015. Semua 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dijangka menerima manfaat daripada program ini.
Pemberian BB1M 2015 adalah bertujuan untuk meringan kan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
KRITERIA KELAYAKAN BB1M 2015
Pelajar yang layak menerima BB1M 2015 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2015;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2014.
d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
e) Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan
f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.
TEMPOH PELAKSANAAN BB1M 2015
BB1M 2015 ini sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2015
KADAR
Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M 2015 berjumlah RM250
Untuk maklumat lanjut pelajar boleh mengakses garis panduan pemberian BB1M 2015 di BB1M 2015.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI