Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Gambar Dan Harga Model Terbaru Ferrari 458 Speciale

$
0
0

Model Terbaru Ferrari 458 Speciale

Peminat kereta mewah jenama Ferrari kini berpeluang memiliki model terbaru Ferrari 458 Speciale yang mula dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh Naza Italia Sdn Bhd.
Sesuai dengan namanya, Speciale disifatkan sebagai jentera istimewa kerana bakal menjadikan pemandunya merasai gaya pemanduan kereta lumba Formula Satu (F1).
Model Terbaru Ferrari 458 Speciale

Kehadiran kereta yang memenangi anugerah ‘Best Performance Engine’ buat dua tahun berturut-turut itu, dilancarkan oleh Ketua Asia Timur Ferrari Asia Pasifik, Giuseppe Cattaneo dan Pengurus Besar Naza Italia, Wan Ahmad Wan Abas.
Meskipun Ferrari adalah kalangan pasaran ‘super niche, namun jualan kenderaan itu tetap baik setiap tahun kerana ia sering jadi idaman penggemar kereta mewah.
Model Terbaru Ferrari 458 Speciale

“Speciale merupakan model terbaru yang menggunakan enjin V8 dan seperti yang semua orang cakap, ia seperti memandu kereta F1, kerana kereta ini sangat laju dan dilengkapi bersama-sama elemen-elemen ‘sporty’.”
“Ini adalah kenderaan yang dinantikan bagi peminat Ferrari dan kami menerima respon yang menggalakkan daripada peminat Ferrari di Malaysia,” kata Wan Ahmad.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan Naib Presiden Kanan Naza World, Bahagian Pelaburan Strategik Korporat, Datuk Maruan Mohd Said.
Dikuasakan enjin V8, dengan  4,495cc, Ferrari 458 Speciale boleh menjana tenaga setinggi 605cv pada 9,000 RPM.
Model Terbaru Ferrari 458 Speciale

Manakala kuasa tujahan maksimum adalah 540nm pada 6,000 RPM.
Dengan kuasa sekuat itu, jentera mewah ini mampu memecut daripada 0 kepada 100km sejam hanya dalam tempoh 3saat.
Manakala kelajuan dari 0 sehingga 200km sejam pula boleh dicapai dalam masa 9.1 saat.
Antara salah satu ciri paling inovatif pada model 458 Speciale adalah ‘side slip angle control system’(SCC) yang menjadikan kawalan terhadap kenderaan ini lebih mudah.
Ia juga dikatakan boleh meningkatkan lagi emosi dan keseronokan pemanduan pemandu.
Model Terbaru Ferrari 458 Speciale
Ia dilancarkan hari ini bersempena dengan Ferrari Racing Day dan ia akan mula berada di atas jalan raya pada awal Mac ini.
Harga dijual bermula pada RM1,238,800 tidak termasuk cukai - ABN News

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>