Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Cara Dapatkan Tidur Yang Berkualiti Untuk Kesihatan

$
0
0
Cara Dapatkan Tidur Yang Berkualiti Untuk Kesihatan. Mendapatkan tidur yang berkualiti atau senang tidur adalah merupakan perkara paling penting yang anda boleh lakukan demi kesihatan badan. Tidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.

Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.

Cara Dapatkan Tidur Yang Berkualiti Untuk Kesihatan
Cara Dapatkan Tidur Yang Berkualiti Untuk Kesihatan
1. Kekalkan jadual waktu tidur - Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

2. Perhatikan makan dan minum anda - Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

3. Cipta ritual waktu tidur - Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.

4. Berada dalam keadaan selesa - Hias bilik tidur dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan. Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting. Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda.

5. Had tidur waktu petang - Tidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya terutama penghidap insomnia. Hadkan waktu tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja dan hanya pada waktu rembang petang.

6. Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda - Aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti serta lebih cepat tidur. Namun, jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

7. Pengurusan tekanan- Tekanan terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang susah untuk tidur kerana banyak berfikir. Belajar untuk menguruskan tekanan di sekeliling seperti menjadi seorang yang lebih teratur dalam hidup dengan membahagikan perkara yang penting dan kurang penting.

8. Temui doktor- Hampir semua orang kadang-kadang mengalami masalah untuk tidur tetapi jika ia terlalu kerap berlaku sehingga mengganggu kualiti hidup, ia mungkin tanda penyakit atau masalah-masalah lain. Dapatkan bantuan doktor. SUMBER

 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>