Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Punca Dan Cara Rawat Demam Yang Berkesan

$
0
0
Cara Merawat Demam Yang Berkesan Dan Mujarab.Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.
Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.
Penyebab Demam
  • Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
  • Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
  • Demam malaria/denggi/HIV
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah/Kanser
Rawat DemamRawatan
Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.
Perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam adalah :
  • Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  • Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda mempunyai gejala yang serius :
  • Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
  • Demam berkaitan dengan kecederaan
Pencegahan
  • Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
  • Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
  • Ambil diet yang seimbang dan sihat.
Soalan Lazim
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
  • Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinikal yang bole di beli dari farmasi, untuk mengukur suhu badan.
  • Penggunaan digital termometer adalah digalakkan berbanding dengan jangka suhu merkuri terutama dirumah
  • Pastikan jangka suhu bersih sebelum digunakan. Air boleh digunakan untuk membersih jangkasuhu
  • Ikut arahan penggunaan dengan betul sebelum digunakan
  • Jika tahap suhu badan ≥ 38°C, sila berjumpa dengan anggota kesihatan terdekat
  • Jangka suhu telinga boleh digunakan
  • Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor- MyHealth

Dikongsikan soal jawab cara merawat anak yang demam yang dikongsikan dari Doktorbudak.com

Soalan: Apabila anak demam, apakah yang sepatutnya dilakukan? Saya mendapat banyak nasihat dan ada antaranya bercanggah.  Ada yang suruh balut anak dengan tuala basah, ada yang tegah cara ini, kononnya anak akan karam panas. Ada juga yang mencadangkan bagi anak tidur di bilik berhawa dingin atau depan kipas untuk turunkan suhu tapi ada juga yang suruh tutup kipas bagi peluh keluar untuk kebah demam. Jadi, apakah langkah yang doktor syorkan apabila anak demam? Terima kasih. (AE)
Jawapan: 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Puan,

Demam merupakan salah satu sebab utama kemasukan kanak-kanak ke wad. Malah, dianggarkan antara 20-40% kanak-kanak mengalami masalah demam setiap tahun.
Biasanya, demam dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kebarangkalian demam yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang serius adalah kecil dan pada kebanyakan masa, demam seringkali disebabkan oleh jangkitan virus. Sistem pertahanan atau antibodi badan kanak-kanak itu sendiri akan cuba melawan jangkitan virus tersebut dan ia biasanya akan baik dengan sendirinya  (‘self limiting’). Secara amnya, suhu badan yang melebihi  37.5 °C adalah demam. Perbincangan mengenai cara suhu badan diambil dan definisi demam yang sering dibahaskan adalah dianggap sebagai di luar konteks dan mungkin akan dibincangkan kemudian.

Walaubagaimanapun, sebagai ibubapa, kita pastinya risau apabila melihat anak demam apatah lagi jika suhu badan yang direkodkan sangat tinggi dan anak yang sebelum ini riang-ria  dan gembira menjadi letih dan kurang bermaya. Lebih merisaukan sekiranya anak tersebut pernah mendapat penyakit yang serius sebelum ini.

Oleh itu, ibubapa hendaklah mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan anak  menghadapi penyakit yang serius:

1) Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’)
2) Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerakbalas yang perlahan apabila dipanggil,  menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.
3) Kesukaran untuk bernafas, samada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.
4) Tidak makan atau minum seperti biasa.
5) Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.
6) Demam yang melebihi 5 hari.
7) Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan
8) Bengkak sendi dan angggota badan
9) Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.
10) Sawan
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.
Bagi anak-anak yang demam tetapi masih lagi aktif bermain, makan dan minum seperti biasa dan tiada tanda-tanda seperti di atas, penjaga bolehlah memantau anak-anak ini di rumah dengan mengikuti beberapa nasihat seperti :
a)   memastikan anak-anak mendapat hidrasi yang mencukupi semasa demam kerana semasa demam badan akan kehilangan banyak air dan tenaga. Jadi sila pastikan anak-anak ini diberi minuman yang mencukupi dan digalakkan untuk memberi susu lebih banyak daripada biasa.
b)   penjaga mesti mengetahui tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air dalam badan); mata mencengkung, bibir/mulut yang kering, ubun-ubun yang cengkung, menangis tanpa air mata serta anak letih dan kelihatan lembik..
c)    Ibubapa mestilah memeriksa keadaan anak dengan kerap dan mereka tidak digalakkan menghadiri kelas di tadika/sekolah seperti biasa.
d)   sekiranya naik ruam , segeralah berjumpa doktor.
Tidak dinafikan ada beberapa kaedah yang biasa dilakukan oleh ibubapa terdahulu untuk mengurangkan atau meredakan demam. Kajian  menunjukkan kaedah seperti mengelap badan anak-anak yang demam dengan tuala basah, membuka baju dan seluar anak, membungkus anak-anak dan mendedahkan badan anak dengan udara yang sejuk samada dari alat hawa dingin atau kipas adalah tidak berkesan dan mungkin membahayakan lagi anak-anak yang demam itu.
Contohnya, dengan menggunakan alat hawa dingin atau ais untuk menurunkan suhu badan, ini sebenarnya akan menyebabkan anak-anak menggigil dan secara langsung  menaikkan suhu badan (‘core temperature’) dan menyebabkan demamnya  menjadi lebih tinggi dan lebih sukar dirawat.
Penggunaan ubat pelega-demam (‘antipyretic’) adalah dikhususkan untuk anak-anak yang mengalami demam yang tinggi dan dalam keadaan tidak selesa  (‘distressed’). Buat masa sekarang, ubat-ubat yang biasa digunakan sebagai agen untuk mengurangkan ataupun menurunkan suhu badan adalah paracetamol dan ibuprofen. Pengunaan ubat-ubat ini memerlukan nasihat daripada doktor kerana ubat-ubat ini jika digunakan terlalu kerap atau dalam dos yang salah boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.
Diharapkan penjelasan saya ini telah menjawab soalan puan dan dapat membantu puan menghadapi anak-anak Puan sekiranya demam nanti.
( answered by Dr Azhar Mahmud ) -
This article was originally posted in www.doktorbudak.com



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>