Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Siaran Langsung Liverpool Vs Man City EPL 1 Mac 2015

$
0
0
Live Streaming Liverpool Vs Man City EPL 1 Mac 2015. Sebentar lagi akan berlangsung perlawanan menarik di antara Liverpool dan Man City di Anfield jam 800 malam. Liverpool merupakan pasukan yang belum pernah kalah di EPL pada tahun 2015 pasti mengharapkan kemenagan untuk merapatkan jurang mata dengan kelompok 5 teratas liga bagi mengejat tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim 2016.

Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di link di bawah ini

Link EPL atau BPTV 
Siaran Langsung Liverpool Vs Man City EPL 1 Mac 2015

KEPUTUSAN PENUH LIVERPOOL VS MAN CITY 1 MAC 2015
Anfield sekali lagi terbukti menjadi kubu kuat Liverpool dengan menewaskan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City 2-1, sebentar tadi.

Hadir dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan liga, The Reds bermula baik untuk di depan seawal minit ke-11 menerusi Jordan Henderson yang melepaskan rembatan lencong cantik menewaskan Joe Hart.

Begitupun, Man City tidak mudah melatah apabila menyamakan kedudukan menerusi Edin Dzeko pada minit ke-25 dan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Beraksi dalam keadaan hujan, Hart sekali lagi dihukum menerusi sepakan lencong Philippe Coutinho pada minit ke-75 dan sekalipun lebih menguasai permainan, tiada jaringan mampu diledakkan City.

 Untuk rekod, Man City tidak pernah menang di Anfield sejak 12 tahun lalu.

Kemenangan membawa Liverpool ke tangga kelima liga dengan Man City kekal di tangga kedua.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>