Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Panduan Kerja Kursus Pengajian Keusahawanan Kertas 3 SPM 2015

$
0
0
Setiap calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Keusahawanan
dikehendaki melaksanakan projek keusahawanan sebagai satu daripada keperluan
pentaksiran berasaskan sekolah.

Panduan Kerja Kursus Pengajian Keusahawanan Kertas 3 SPM 2015 - Pelajar boleh memuat turun panduan pelaksanaan dan penilaian projek di LPM.  

Berikut adalah panduan dan arahan tugasan yang perlu di buat oleh pelajar dari bulan Mac hingga Julai 2015 seperti dirujuk dari Kerja Kursus Pengajian Keusahawanan.

1. Projek ini mengandungi satu tugasan.
2. Calon wajib melaksanakan tugasan tersebut secara individu.
3. Calon hendaklah menyempurnakan projek ini dengan merujuk kepada elemen, aspek dan kriteria yang telah ditetapkan.
4. Projek ini hendaklah dilaksanakan oleh calon SPM dari bulan Mac hingga bulan Julai 2015.
5. Calon dikehendaki mematuhi Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek yang disediakan
untuk memastikan tugasan projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
6. Calon dinasihatkan membuat perancangan yang teliti dan melaksanakan tugasan
dengan menggunakan perbelanjaan yang berpatutan dan munasabah.

projek Pengajian Keusahawanan Kertas 3 SPM 2015
TUGASAN PROJEK
1. Calon dikehendaki menyediakan satu Rancangan Perniagaan yang lengkap tentang
satu jenis perniagaan berasaskan perkhidmatan.
2. Contoh bidang perkhidmatan:
2.1 Reka bentuk grafik (logo, banner)
2.2 Kurier dan logistik
2.3 Menulis dan menterjemahkan artikel
2.4 Hiasan dalaman
2.5 Hiasan taman
2.6 Membina laman sesawang (website)
2.7 Fotografi dan videografi perkahwinan dan acara
2.8 Rawatan kesihatan dan kecantikan
2.9 Katering
2.10 Pengurusan acara
2.11 Reka bentuk pengiklanan
2.12 Pelancongan

3. Anggaran modal perniagaan diperlukan antara RM200 000 hingga RM650 000.
4. Jumlah pekerja yang diperlukan bergantung kepada jenis perniagaan yang dipilih.
5. Premis perniagaan mestilah disewa sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.
6. Pembelian kenderaan adalah secara sewa beli.
7. Pasaran produk meliputi pasaran negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
8. Bayaran gaji minimum sebulan adalah seperti berikut:

Pekerja                       Gaji Minimum
Pengurusan                    RM 1 600
Staf sokongan / operasi  RM900


9. Persekitaran luaran keusahawanan yang perlu dipertimbangkan:
9.1 Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
menyediakan kemudahan pinjaman kepada usahawan perusahaan kecil
dan sederhana.
9.2 Kempen ‘Komuniti Sihat Perkasa Negara’ oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
9.3 Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
telah melancarkan program mengenal pasti rakan kongsi perniagaan
dan mengatur padanan perniagaan semasa menganjurkan misi perdagangan
peringkat ASEAN.
9.4 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menyediakan pakej
dalam bentuk latihan keusahawanan secara percuma dan bantuan modal
perniagaan minimum RM300 000 untuk individu yang berminat menceburkan
diri dalam kerjaya usahawan sepenuhnya.
9.5 Bank Eksport Import Malaysia Berhad (EXIM Bank) memperuntukkan dana
RM150 juta di bawah program ‘Malaysia Kitchen’ sebagai pembiayaan
kepada pengusaha-pengusaha restoran tempatan yang mahu mengembangkan
perniagaan ke luar negara.
9.6 Kerajaan menyediakan tabung usahawan siswazah bagi menggalakkan
siswazah melibatkan diri dalam perniagaan.
9.7 Kadar faedah atas pinjaman bank adalah sebanyak enam peratus.

10. Rancangan Perniagaan ini hendaklah mengandungi unsur berikut:
10.1 Latar Belakang Projek
10.2 Ringkasan Eksekutif
10.3 Analisis Industri
10.4 Deskripsi Perniagaan
10.5 Rancangan Organisasi
10.6 Rancangan Operasi
10.7 Rancangan Pemasaran
10.8 Rancangan Kewangan

11. Rancangan Perniagaan mestilah dikemukakan oleh calon secara individu.
12. Setiap calon mestilah mempersembahkan konsep, kreativiti dan idea produk sama ada
dalam bentuk pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan
tugasan projek.
13. Idea keusahawanan yang dipersembahkan mestilah menjurus kepada penjenamaan
produk Malaysia.
14. Tugasan projek mestilah dicetak dengan menggunakan mesin pencetak komputer
dan perlulah mematuhi perkara berikut:
14.1 Jenis fon ialah Times New Roman
14.2 Saiz fon ialah 12 pt.
14.3 Saiz fon bagi tajuk besar atau tajuk kecil bergantung kepada kesesuaian
14.4 Saiz kertas ialah A4
15. Semua bentuk lakaran, lukisan, gambar rajah atau tulisan mestilah jelas.
16. Penggunaan kertas berwarna dibenarkan.
17. Gambar atau ilustrasi tambahan hendaklah dilekatkan dengan kemas supaya
tidak tercicir.
18. PERINGATAN
:
Calon diperingatkan tentang garis panduan dan arahan peperiksaan SPM perkara 1.1
di Bahagian C (Arahan Kepada Calon Peperiksaan) yang terdapat di dalam Jadual
Waktu Peperiksaan SPM.

Calon wajib menduduki semua kertas soalan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon
yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan sama ada kertas soalan bertulis
atau ujian amali atau tidak melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah akan dianggap
tidak hadir bagi mata pelajaran berkenaan.

TUGASAN TAMAT
 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>