Tarikh Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015. Sekali lagi JOHOR menjadi perhatian pelancong apabila Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015 sedang berlangsung di Bukit Layang-Layang dan Padang Perbandaran, Pasir Gudang mulai 25 Februari hingga 1 Mac 2015.
Sebanyak 250 peserta luar negara dari 50 negara termasuk penyertaan baharu dari Poland, Romania, Slovakia dan Sri Lanka.menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-20. Festival yang disenaraikan dalam kalendar pelancongan Malaysia sempena Malaysia Year Of Festivals 2015 (MyFest 2015) itu akan turut disertai 169 peserta tempatan, 300 pelajar sekolah dan badan-badan korporat.
Festival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia. Ia dijangka dicatat dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbanyak negara antarabangsa.
Bertemakan 'mencorak keharmonian', festival ini dijangka menarik 200,000 pengunjung juga akan turut menganugerahkan trofi 'Layangkasa' kepada 20 orang pelayang tempatan dan antarabangsa yang memberikan komitmen terhadap penganjuran festival berkenaan selama ini. Dan buat julung kali majlis perasmian festival itu akan diadakan pada sebelah malam, 27 Februari 2015 (JUMAAT) di Bukit Layang-Layang dengan pelbagai acara menarik disediakan kepada pengunjung termasuk persembahan layang-layang, persembahan tatu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta pertunjukan bunga api.
Program lain yang berlangsung sepanjang festival itu termasuk pertandingan membuat wau tradisional, pameran dan bengkel layang-layang.
Untuk makluman, festival ini hanya disertai 37 negara luar dan penganjuran kali ini adalah seiring dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Johor destinasi pelancongan bernilai tinggi menjelang tahun 2023 selaras Pelan Induk Pelancongan Johor 2014-2023.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI