Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Yang Mudah Dan Simple

$
0
0
Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Yang Mudah Dan Simple | Berikut disertakan contoh surat permohonan kerja (application letter) dalam Bahasa Malaysia yang mudah dan simple untuk panduan semua. Moga panduan surat mohon kerja kosong yang simple ini dapat membantu pencari kerja jawatan kosong dalam mendapatkan jawatan pekerjaan yang diinginkan.

CONTOH SURAT PERMOHONAN KERJA 1

Pengarah, Sumber Manusia 
Jabatan Kesihatan Daerah 
Daerah Kuala Berang 25600, 
Kuala Berang, 
Terengganu                                                                                                    20 Januari 2015

Tuan/Puan, 

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA 

Perkara di atas dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan. 

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2014. 

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap. 

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai. Sekian, terima kasih. 

Yang benar. 


........................................
SALMIAH BINTI AHMAD


surat mohon kerja

CONTOH SURAT PERMOHONAN KERJA 2

Marina Binti Malek
No. 22279, Perumahan Rakyat, 
Kampung Paya Baru, 
71000, Port Dickson, 
Negeri Sembilan 

__________________________________________________________________________ 

Penolong Pengarah Perjawatan
Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia 
No. 2&4, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara, 
Bukit Damansara, 
50490, Kuala Lumpur 

Tuan/Puan, 

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PEJABAT 

Merujuk perkara di atas, saya Marina Binti Malek (831203-03-5666) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Pejabat di organisasi Tuan/Puan sepertimana yang telah di iklankan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia dalam sebuah akhbar tempatan. 

2. Untuk makluman Tuan/Puan, saya memegang jawatan sebagai Pembantu Pejabat dan Juru Kira di Kimia Enterprise Port Dickson. Saya juga mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan pentadbiran pejabat. Jawatan ini merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk mencari dan memohon jawatan secara tetap di organisasi Tuan/Puan. 

3. Saya juga mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer dan mahir dalam membuat surat menyurat. Saya juga merupakan seorang individu yang sentiasa berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab dalam apa jua bidang yang saya ceburi. 

4. Pengalaman saya dalam bidang pengkeranian ini telah banyak mengajar saya bagaimana untuk bekerja lebih efisyen dan efektif serta membantu saya membina hubungan kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia yang mempunyai latar belakang yang berbeza. 

5. Untuk memudahkan pihak Tuan/Puan, saya juga menyertakan butiran peribadi yang lebih terperinci serta lamipran sijil-sijil yang telah disahkan untuk rujukan Tuan/Puan. Saya juga memohon agar Tuan/Puan menghubungi saya di talian 017-2.......8 bagi mendapat tahu prospek dan peluang saya untuk berkerja di salah sebuah organisasi kebajikan yang sangat prihatin kepada masyarakat. 

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Tuan/Puan. Keprihatinan Tuan/Puan terhadap perkara ini amat saya hargai. 

Sekian, terima kasih. 
Yang benar.
...................................... 
( MARINA BINTI MALEK ) 
8......3-03-5888
017-28.......8

19 SEPTEMBER 2014
 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>